Google Quick Draw & Chicken Dance

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 November 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu aktiviti menarik bersama dengan Malaysian ICT Volunteer (MIV) yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Permyjaya. Aktiviti yang menarik dan menceriakan ini dinamakan Google Quick Draw dan Chicken Dance telah disertai oleh kanak-kanak berumur dalam lingkungan 8-15 tahun.

Aktiviti ini dibina dengan pembelajaran mesin iaitu Google. Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti ini dikehendaki melukis dengan pantas dan internet akan cuba untuk meneka apa yang mereka lukiskan, Di samping itu, kanak-kanak juga berkesempatan untuk belajar Bahasa Inggeris kerana Google Quick Draw menggunakan Bahasa Inggeris dan secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mempelajari kosa kata yang baru seperti hurricane, anvil dan sebagainya.

Tambahan pula, aktiviti sampingan seperti Chicken Dance turut diselitkan dalam aktiviti ini bertujuan untuk menaikkan semangat kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melihat kumpulan mana yang beraksi lebih hebat. Secara kesimpulannya, aktiviti ini dapat menaikkan semangat kanak-kanak untuk bertanding dengan cara yang sihat dan membina semangat berpasukan yang bagus. Selain itu, ia juga dapat menaikkan daya logik akal kanak-kanak dengan menghasilkan lukisan yang diminta dan diteka oleh komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali