Gawai Raya Pusat Internet Kg. Lambir

08 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2018 yang lalu, Pusat Internet Kg. Lambir dengan kerjasama Pusat Internet Kg. Luak dan Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan program Gawai Raya PI Kg. Lambir. Program atau hari terbuka ini diadakan bersempena dengan hari raya aidilfitri dan hari gawai yang disambut beberapa minggu yang lepas. Program ini terbuka kepada seluruh komuniti kampong Lambir dan juga komuniti di Miri.

Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Kahoot IT challenge untuk kategori dewasa dan remaja, pertandingan mencipta poster Gawai Raya menggunakan aplikasi Canva, pertandingan crossword terpantas dan yang paling menarik sekali ialah pertandingan photo challenge yang diberi hashtag #gawairayapikglambir. Pelbagai hadiah menarik yang dibawa oleh para pemenang pertandingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali