Tayangan Video Klik Dengan Bijak – Cyberbully

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 03 November 2018, satu tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak iaitu Cyberbully atau Buli Siber telah ditayangkan kepada kanak-kanak yang mengikuti aktiviti ini. Aktiviti ini telah disertai seramai 13 orang kanak-kanak dalam lingkungan 8-15 tahun yang diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya.

Tayangan video Klik Dengan Bijak khususnya Buli Siber bertujuan untuk menyampaikan mesej penting kepada kanak-kanak bahawa penyalahgunaan internet boleh menyebabkan buli siber sekiranya tidak diguna dengan baik. Melalui tayangan video ini, ia dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang bahayanya pembuli siber dan seterusnya mengambil langkah berwaspada agar tidak menjadi mangsa buli siber. Kanak-kanak dinasihati supaya menjadi pengguna internet yang bijak dan tahu dengan siapa mereka berinteraksi di internet.

Mereka juga harus memastikan diri sendiri tidak memberi sebarang respon kepada sebarang komunikasi daripada pembuli siber. Sekiranya mereka melihat ada nya gejala buli siber, mereka harus membuat laporan dan tidak sesekali memandang ringan gejala buli siber. Kesimpulannya, tayangan video Cyberbully ini dapat membantu meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak tentang jenayah buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali