Pertandingan Augmented Reality

31 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 30 Disember 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama Pusat Internet Kampung Lambir telah menyertai Open Day Masjid Darul Hana bertempat di Kampung Lambir. Selaku Pusat Internet, kami juga berkesempatan untuk melakukan program pertandingan Augmented Reality kepada peserta yang terlibat. Program ini telah disertai seramai lapan orang peserta berumur dalam lingkungan 11-15 tahun.

Tujuan pertandingan Augmented Reality ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta kepada teknologi Augmented Reality (Bahasa Melayu: Realiti Tertambah) iaitu sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer dan objek janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan.

Pertandingan ini juga diadakan untuk mennguji tahap kreatif peserta mewarna dan mencari hasil yang paling kreatif. Di samping itu, peserta turut belajar mengenai teknologi 3D Printing menggunakan aplikasi Quiver. Kesimpulannya, para peserta dapat berfikir dengan lebih terbuka, jelas dan kreatif di samping menambah ilmu pengetahuan dan kawan baharu sepanjang program dilaksanakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali