Program Himpunan Karnival & Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Miri

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24-25 November 2018, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai satu program anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Miri bertempat di Padang Majlis Bandaraya Miri dari jam 7 pagi sehingga 10 malam. Program ini turut disertai oleh Pusat Internet Kampung Luak dan juga Pusat Internet Kampung Lambir serta komuniti Miri dan sekitarnya.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah diantara Persatuan, Staf Pusat Internet dan komuniti setempat agar mereka lebih mengetahui tentang kewujudan Pusat Internet sebagai satu pusat ilmu pengetahuan yang menyediakan akses kepada internet dan servis lain seperti fotokopi, mencetak dan sebagainya. Selain itu, program ini diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan AIM untuk mempromosikan produk mereka di samping membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui ceramah dan tips keusahawan yang diberi.

Melalui penganjuran program sebegini, Pusat Internet dapat mempromosikan dan mengetengahkan diri sebagai tempat untuk belajar dan pendedahan IT kepada komuniti. Tambahan pula, para usahawan lebih mampu berdaya saing dan tahu akan kekuatan produk mereka melalui hasil jualan. Lebih penting lagi, kolaborasi Pusat Internet bersama AIM dapat meningkatkan peluang Pusat Internet untuk membuat banyak latihan keusahawanan dan menambah ahli usahawan Pusat Internet.

Ringkasnya, program ini dapat menarik minat komuniti untuk menjadi masyarakat yang ingin tahu akan sekeliling terutama sekali tentang kewujudan Pusat Internet dan fungsinya kepada komuniti setempat. Selain itu, komuniti juga mungkin terinsipirasi untuk menjadi usahawan setelah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali